Integrasi Harmoni


Pengenalan

Kerajaan sentiasa memberi perhatian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan pelanggan. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor dalam usaha ke arah perkhidmatan yang berteraskan perhubungan pelanggan telah memperkenalkan kempen yang diberi nama INTEGRASI HARMONI.

      Kempen ini telah dilancarkan di Dewan Jubli Intan Muar, Johor pada 18 Mac 2009. Kempen Integrasi Harmoni merupakan salah satu inisiatif bagi mencapai aspirasi Kerajaan dan Jabatan untuk memberi perkhidmatan yang memudahkan rakyat. Program ini akan dapat membantu memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan secara menyeluruh dan melahirkan nilai-nilai terpuji dalam diri penjawat awam. Ia juga merupakan satu pendekatan holistik untuk menawarkan perkhidmatan melalui pengurusan interaksi dan perhubungan yang cekap antara organisasi dan pelanggan.


Dasar Integrasi Harmoni

1. Pandang

Pandang yang bermaksud memandang terus kearah pelanggan yang hadir dihadapan kita untuk mendapatkan perkhidmatan.


2. Senyum

Memberikan senyuman yang ikhlas dan sederhana menggambarkan kesediaan menerima pelanggan.


3. Ucap

Ucap salam merupakan pemula bicara apabila berinteraksi. Penjawat awam perlulah memberi salam atau memberi ucapan yang bersesuaian apabila memulakan komunikasi dengan pelanggan.


4. Khidmat

Menyampaikan perkhidmatan yang responsif yang memenuhi ciri-ciri seperti cepat memberi respons kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan perkembangan sehingga urusan selesai.


5. Terima Kasih

Ucapkan Terima Kasih kepada pelanggan di akhir perkhidmatan. Pelanggan perlu diberi pengiktirafan dan kehadirannya dihargai.

JIM Johor 2014 Hakcipta Terpelihara ®.Di Bangunkan Oleh Bahagian Komunikasi & Khidmat Korporat (BKK)

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian